20 November 2021

Today

Tiada ulasan:

Assalamualaikum, hai my cute followers. It's been long time ya, lama giler i tak update blog ni, kalau tak silap i la kan, rasanya hampir 10 bulan  aku tak update blog ni and after that aku tak update langsung, lama juga aku tak update kat sini. Don't know la guys, malas sangat nak sentuh blog ni, ntah la, nothing yang best yang nak dikongsi, whatever, i'm lazy so my laziness menyekat kerajinan aku untuk berkongsi diblog ni. uishh

 Today, aku pi lawat adik aku dekat asrama, sebab kitaorang pergi sana pun untuk ambil laptop yang adik aku guna, ntah la student sekarang, kalah budak U, sekarang memang cangih sebab kalau sekolah elit mesti diorang punya subjek yang susah-susah aku tengok. adik aku ambil subjek sains komputer, so, kena guna laptop utk buat kerja-kerja berkaitan dengan misrosoft word, haishh. sangat rumit. Itu tak cerita lagi masa nak cari laptop 2nd tapi yang murah, habis kedai pergi jelajah sebab nak cari laptop yang harga bawah seribu. Last2 tu jumpa la juga laptop yang murah, yang 2nd punya tapi lebih kepada refurbished laptop punya. No choice terpaksa beli, at least ada la juga untuk pakai kan.

  Tak habis nak bercerita pasal beli laptop ni, ikutkan 600 patah perkataan gamak nya kalau nak cerita pasal laptop. berbalik ke kisah aku pi hantar barang adik aku. sekarang ni tak boleh selalu melawat student dekat asrama sebab nak jaga jarakan sosial, takut akan ada jangkitan pula dikalangan student tak ke susah nanti. hhmm..ok, malas nak cerita panjang2, sebenarnya banyak lagi nak di ceritakan nya tapi aku malas nak menaip. serius, malas. So, i got to go now, bye.


19 Januari 2021

Takut

Tiada ulasan:
Assalamualaikum guys. How are all you. 


  I'm just want to say that i feel so scared. Why?. Banyak benda yang aku fikirkan sekarang. About my life, about myself. Setakat ni aku rasa yang aku masih belum puas dengan diri aku sekarang. Something is missing. 

  Kenapa aku tak boleh buat macam yang orang lain buat?. Aku rasa hidup aku ni tiada pendirian yang tetap. Always changed. Apa yang aku merepek ni.  😅.

 I'm lost. Aku juga takut untuk kehilangan sesuatu yang aku sayang, sesuatu yang dah sebati dengan life aku. Bagi aku biarlah macam ni tapi still aku kena ubah diri aku, hidup aku. 

 Aku tak tahu terangkan macam mana. Tak tahu apa yang aku takutkan sebenarnya. 😔😣

09 Januari 2021

Kemaafan

Tiada ulasan:
Kita tak perasan, kesan kemaafan ini sebenarnya besar. Kita takkan terfikir dengan memaafkan orang, hidup orang itu akan lebih mudah perjalanannya (murah rezeki, sihat, insya-Allah) dan hidup kita juga akan lebih tenang. 

Ya. Kemaafan ini berat kadangkala. Tapi siapalah kita di dunia untuk terlalu menyimpan rasa. Kita hanya hamba. Hidup hanya sekejap sahaja. Buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah, kerana sesungguhnya dengan reda dan ikhlas, Allah akan beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya-Allah. 

Dan janganlah pula berat meminta maaf. Kita juga kadangkala berbuat silap. Kita tak selamanya betul. Lagipun tak semua perkara pun kita tahu. Banyak lagi perlu kita belajar. Hidup adalah tentang saling memerlukan. Jadi, jom sama-sama kita berusaha menuju syurga-Nya!. 



By Armanee