19 Januari 2021

Takut

Tiada ulasan:
Assalamualaikum guys. How are all you. 


  I'm just want to say that i feel so scared. Why?. Banyak benda yang aku fikirkan sekarang. About my life, about myself. Setakat ni aku rasa yang aku masih belum puas dengan diri aku sekarang. Something is missing. 

  Kenapa aku tak boleh buat macam yang orang lain buat?. Aku rasa hidup aku ni tiada pendirian yang tetap. Always changed. Apa yang aku merepek ni.  😅.

 I'm lost. Aku juga takut untuk kehilangan sesuatu yang aku sayang, sesuatu yang dah sebati dengan life aku. Bagi aku biarlah macam ni tapi still aku kena ubah diri aku, hidup aku. 

 Aku tak tahu terangkan macam mana. Tak tahu apa yang aku takutkan sebenarnya. 😔😣

09 Januari 2021

Kemaafan

Tiada ulasan:
Kita tak perasan, kesan kemaafan ini sebenarnya besar. Kita takkan terfikir dengan memaafkan orang, hidup orang itu akan lebih mudah perjalanannya (murah rezeki, sihat, insya-Allah) dan hidup kita juga akan lebih tenang. 

Ya. Kemaafan ini berat kadangkala. Tapi siapalah kita di dunia untuk terlalu menyimpan rasa. Kita hanya hamba. Hidup hanya sekejap sahaja. Buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah, kerana sesungguhnya dengan reda dan ikhlas, Allah akan beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya-Allah. 

Dan janganlah pula berat meminta maaf. Kita juga kadangkala berbuat silap. Kita tak selamanya betul. Lagipun tak semua perkara pun kita tahu. Banyak lagi perlu kita belajar. Hidup adalah tentang saling memerlukan. Jadi, jom sama-sama kita berusaha menuju syurga-Nya!. 



By Armanee