14 Jun 2015

Last sem

Tiada ulasan:

Minggu lepas aku last semester, i mean semester akhir untuk aku di ilpkt, maka dengan rasminya aku akan tamat stduy tapi belum sepenuhnya sebab praktikal tak buat lagi, tengah otw. Hujung bulan 6 ni aku kena praktikal, takut juga la sebab aku belum pernah lalui semua ni, sebelum ni pun mana pernah kerja, praktikal lagi la..haha..kadang-kadang aku rasa yang aku ni macam kata bawah tempurung, yela kan, kerja tak penah, tak der pengalaman langsung pasal kerja..hhm. Bukan tak nak kerja tapi abah tak bagi aku kerja dulu, katanya nak aku sambung stdy dulu then baru kerja, betullah dengan yang abah aku buat tu, dia nak tengok aku berjaya sampai ke menara gading, syang abah aku ketat-ketat.

 Tiba-tiba rasa rindu dekat classmates aku, dulu, bila ada depan mata saling membenci tapi bila dah berjauhan ni jadi rindu-rinduan la plak..lumrah hidup. Kalau dulu bila ada dekat dengan diorang rasa benci dengaan diorang, bukan benci diorang tapi aku benci dengan perangai dan sikap diorang yang kadang-kadang suka bergaduh, mengumpat pun ada juga, sikap diorang tak matang, keanak-anakkan. Tapi dah memang diorang tu budak2, tak mature lagi baru meningkat remaja.



 Kenangan bersama diorang tak mungkin dapat ku padakanm, suka dan duka sewaktu bersama dengan diorang adalah kenangan yang indah. Doa aku agar semua classmates aku semua akan mencapai kejayan diorang, kejayaan ddunia dan akhirat, in Sha Allah.
25 April 2015

last minit



 Assalamualaikum guys, dah lama aku tak update this blog, tak der masa nak on blog ni bukan setakat tak der masa malah sejak-sejak akhir-akhir ni aku rasa malas je nak update blog aku ni. But, today..aku free sikit padahal banyak kerja yag aku tak buat lagi, malas betul. Kenapa la yang teruk sangat aku ni, banyak sangat makan kepala ikan tapi sebenarnya tak der pun..haishh..

 Aku sedikit stres tapi aku cuba kawal stres yang aku alami sekarang, mungkin aku terlalu banyak berfikir sampai nak gila jadinya tapi aku tak nak la sampai jadi gila..astaghfirullahal'azim, minta jauh la semua tu.

Dekat dengan final exam ni la lecturer suka kasi assingment banyak-banyak, masa aku free dulu dia tak nak pula kasi tapi bila dah nak dekat exam ni juga la dia nak bagi, ni orang panggil kerja last minit. Walaupun aku suka buat kerja last minit, tapi last-last diri sendiri yang lingkup.


By Nur Adam
24 Februari 2015

menggembirakan mereka..


Bila aku tengok mak ayah orang lain happy aku jeles sangat, macam mana diorang boleh buat mak ayah diorang gembira sedangkan aku masih belum mampu untuk ikut apa yang diorang bt untuk gembirakan mak ayah diorang..

 Aku tahu, aku bukan seorang anak yang mampu membanggkan mereka tapi aku cuba untuk jadi anak yg terbaik untuk mereka berdua. Aku sayang mak ayah aku, sejahat mana pun mereka, seteruk mana mereka aku sayangkan mak ayah aku.

 Aku ni memang suka berangan, sejak azali lagi hobi aku suka berangan..err. tak per, mana tahu angan2 aku selama ni akan menjadi kenyaataan...who know  kann?.sekurang-kurangnya aku ada cita2 dan angan-angan..kau apa ada?..ada gua kisah..haha

 Mungkin one day aku boleh buat them happy, dan itu adalah sebahagian cita2 aku..