26 Disember 2014

Mendoakan..




Doa..doa dan doa, hanya itu yang seorang manusia seperti aku mampu lakukan. Ya Allah, tolong aku, sampai doaku dan rinduku pada dia kerana aku tak mampu untuk bertemu dengannya. Walaupun jarak jauh memisahkan aku dan dirinya namun ku berharap dengan doa yang ku kirimkan ini mampu dapat menghilang kegusaran hati ini.

Ya Allah, lindungi dia untukku kerana aku tak mampu untuk melindunginya.

Aku yakin dengan Allah
Aku yakin dengan doa..
Lambat atau cepat
Allah pasti akan makbulkan doa aku..
Dengan Izin Allah.
20 Disember 2014

Lirik lagu Cinta Kernamu Adi putra ft Betty Rahmad Ost Suami Aku ustaz



Tuhan pertemukan aku dan dirimu
cinta dan harapan kan ku persembahkan
menjaga hatimu mendamba dirimu sayang...

Meskipun bibirku berat melafazkan
Namun dihatiku bertakhta cintamu
Biarpun jaraknya jauh memisahkan kita

Senyum tawamu menghias hidupku
Dan hati pun pantas berkata
Kaulah nafasku
Engkaulah nadiku
tanpamu ku rasa sesuatu

Tuhan kau jaga dirinya untukKu
Ku Tak mahu kehilangannya
Tuhan kau jaga hatinya untukKu
Cintaku kernaMu

Ya Allah..ooOo

04 Disember 2014

Peduli..

Tiada ulasan:
Baru aku sedar dan baru aku rasa tersedar yang manusia sekarang kadang-kadang suka memaksa. Suka paksa kita untuk buat benda yang kita tak suka, suka paksa kita untuk lakukan sesuatu yang sememangnya kita tak suka.


Dulu memang aku agar tak berapa nak bijak sangat, apa yang orang suruh buat aku buat je but sekarang tak lagi, kerana aku yang dulu bukan sekarang...*sengih*..Dulu aku agar lurus bendul orangnya tapi tak sekarang tak lagi. Aku sedar masa tu orang nak pijak kepala, ye aku tahu aku agak lembap time tu tapi aku ni kan budak baik manalah suka membantah..*senyum*..

Masa sekolah dulu ada juga kawan sekelas aku buli aku, diorang bukan buli dengan cara yang kasar tapi dengan yang cara yang lembut..ehh..ada juga macam tu..ye memang ada..cuma korang je yang tak tahu..

Ada orang membenci kita tanpa sebab, kadang-kadang diorang tak suka tengok kita buat baik mesti diorang nak mengutuk, buat jahat pun diorang mengata..aishhh..tak faham aku..