26 Disember 2014

Mendoakan..




Doa..doa dan doa, hanya itu yang seorang manusia seperti aku mampu lakukan. Ya Allah, tolong aku, sampai doaku dan rinduku pada dia kerana aku tak mampu untuk bertemu dengannya. Walaupun jarak jauh memisahkan aku dan dirinya namun ku berharap dengan doa yang ku kirimkan ini mampu dapat menghilang kegusaran hati ini.

Ya Allah, lindungi dia untukku kerana aku tak mampu untuk melindunginya.

Aku yakin dengan Allah
Aku yakin dengan doa..
Lambat atau cepat
Allah pasti akan makbulkan doa aku..
Dengan Izin Allah.
20 Disember 2014

Lirik lagu Cinta Kernamu Adi putra ft Betty Rahmad Ost Suami Aku ustaz



Tuhan pertemukan aku dan dirimu
cinta dan harapan kan ku persembahkan
menjaga hatimu mendamba dirimu sayang...

Meskipun bibirku berat melafazkan
Namun dihatiku bertakhta cintamu
Biarpun jaraknya jauh memisahkan kita

Senyum tawamu menghias hidupku
Dan hati pun pantas berkata
Kaulah nafasku
Engkaulah nadiku
tanpamu ku rasa sesuatu

Tuhan kau jaga dirinya untukKu
Ku Tak mahu kehilangannya
Tuhan kau jaga hatinya untukKu
Cintaku kernaMu

Ya Allah..ooOo

04 Disember 2014

Peduli..

Tiada ulasan:
Baru aku sedar dan baru aku rasa tersedar yang manusia sekarang kadang-kadang suka memaksa. Suka paksa kita untuk buat benda yang kita tak suka, suka paksa kita untuk lakukan sesuatu yang sememangnya kita tak suka.


Dulu memang aku agar tak berapa nak bijak sangat, apa yang orang suruh buat aku buat je but sekarang tak lagi, kerana aku yang dulu bukan sekarang...*sengih*..Dulu aku agar lurus bendul orangnya tapi tak sekarang tak lagi. Aku sedar masa tu orang nak pijak kepala, ye aku tahu aku agak lembap time tu tapi aku ni kan budak baik manalah suka membantah..*senyum*..

Masa sekolah dulu ada juga kawan sekelas aku buli aku, diorang bukan buli dengan cara yang kasar tapi dengan yang cara yang lembut..ehh..ada juga macam tu..ye memang ada..cuma korang je yang tak tahu..

Ada orang membenci kita tanpa sebab, kadang-kadang diorang tak suka tengok kita buat baik mesti diorang nak mengutuk, buat jahat pun diorang mengata..aishhh..tak faham aku..

28 November 2014

Move on..


Aku suka bersendirian.
saat itu,
kenangan lalu singgah,
menggamit rasa rindu di hati,
tanpa sedar,
air mata mengalir dengan laju.

saat itu,
aku muhasabah diri,
sampai bila aku mahu begini,
terleka dibuai kenangan lalu.

Akhirnya,
aku ‘bangkit’,
melawan rasa rindu ini,
demi satu kenyataan,
MOVE ON.

By missunknowngarlic
02 November 2014

keadaan

Tiada ulasan:
Tanpa matahari awan mejadi mendung, tanpa cahaya ianya gelap.

Mood aku sekarang masih dalam keadaan suam-suam panas macam tu, eh..baru aku tahu yang mood pun ada yang suam-suam panas, itu rekaan aku semata-mata dan terpelihara dibawah akta tanpa pendaftaran. Eh. sory..aku suka merepek..

Makin hari aku dapat rasakan yang aku makin menjadi seorang agak pelupa, Sampaikan tarikh pun aku boleh lupa..mashallah...sangat teruk..

Makin meningkat usia makin kita jadi keanak-anakkan..yela, bila kita dah jadi nenek, mesti kita mcam budak umur yang 3 tahun, nak mandi pun kadanag-kadang kena ada orang tolongkan..aish

Aku sebenarnya bnyak bermain dari belajar..

Aku sbenar sedang merindui seseorang..moga Allah lindungi dia.
apa yang aku tulis semuanya menjadi berterabur..

Ntahlah..
15 September 2014

mid semester break.

2 ulasan:
Now, mid semester break, aku stayed kat umah just rest, homework pun banyak, assignment masih ada yang belum siap. Terasa malas plak, ntah kenapa..emm. Mood nak study pun dah ke laut, asyik berangan je kerjanya.

Tak boleh jadi ni, exam dah tinggal beberapa bulan lagi, 3 bulan dari sekarang aku kena prepare sebelum final exam tiba. Macam mana nak study kalau fikiran asyik ke planet pluto je, any suggest?.


14 September 2014

Lelah



Aku di ajar agar tidak meminta dengan sesiapa pun kerana memberi itu lebih baik dari meminta. Kadang-kadang hidup ini buatku jadi makin lelah,

lelah dengan kerenah manusia yang suka menilai tanpa tahu kisah yang sebetulnya..
lelah dengan kehidupan yang aku jalani sekarang..
bukan aku tidak bersyukur tapi aku mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih baik.

Mungkin bahagia itu akan datang setelah lelah itu pergi jauh dari hidupku..
Aku lelah menghadapi sesuatu yang menjadikan aku tertekan dalam setiap hal..

note: ape la yang aku tulis agaknya..aku sendiri pun tak faham..haha
31 Ogos 2014

cara-cara buat solat Sunat Taubat

Assalamualaikum..

Cara-cara nak buat solat taubat. 


  • Niat: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala. 
  • Rakaat pertama: Al-Fatihah dan Al-Kafirun. 
  • Rakaat kedua: Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. 
  • Masa sujud akhir tu baca tasbih 'Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimin 40 kali. 
  • Then , dah selesai bagi salam. Istighfar sebanyak yang mungkin   ♡♡
08 Ogos 2014

Hijrah

Tiap orang,
Cara hijrahnya berbeza,
Cara berubahnya berbeza.
Jangan samakan,
Kisah kita,
Hijrah kita,
Perubahan kita,
Dengan orang lain.

Takkan sama,
Dan pasti berbeza.
Juga,
Dugaan pasti berbeza.

Yang pasti,
Kita punya Allah yang sama,
Tempat kita mengadu rasa hati kita,
Yang tak mampu kita luahkan dengan kata.

Jadikan Allah cinta pertama dalam hati kita,
Moga Allah redha.

Senyum,
Dakwah itu indah.
(via angahalim)
11 Julai 2014

kekuatan

Kekuatan itu datangnya dari Allah
bukan dari manusia

Kerana kemampuan manusia itu terbatas..
Tetapi Allah itu Maha Kaya
Maha kuasa atas setiap sesuatu.

Dalam hidup yang kita jalani ini, kita tak perlukan
perhatian manusia, yang kita perlukan hanyalah perhatian dari Allah s.w.t

Nak kuat kena lah solat..
Nak kuat mestilah baca Al-Quran
Nak kuat lagi sentiasa selawat ke atas Nabi Muhammas s.a.w
lagi-lagi dan banyak lagi..

Kuat dari segi apa tu?.
bukan kuat untuk angkat benda-benda yang berat..

Kekuatan ketika berada di dalam kesukaran
kekuatan kita ketika diuji..*senyum*

Aku pun tak tahu macam mana aku boleh taip tu semua..err.

By Puteri Adam
26 Jun 2014

ost Jauh Dari Cinta

5 ulasan:
ku lihat awan tak lagi berputar
seakan berhenti semua hidupku disaat kau pergi tinggalkanku

ku tatap bintang tak bercahaya
seakan meredup sinar hidupku
disaat kau pergi tinggalkanku

Bisakah kau dengarkan
hatiku bicara
menahan perginya langkah mu
harus...aku terima
perginya dirimu
biarlah waktu membawa mu kembali

Dapatkah ku lanjutkan semua
sisa hidupku tanpa dirimu
tetapi semua percuma tak bererti

02 Mei 2014

hai MAY


 Selamat datang MAY, kita dah berganjak ke bulan may, tak lama lagi dah nak exam, tak lama lagi dah nak puasa. Exam?..buat aku jadi tak tidur malam.. Puasa?...aku tak sabar rasanya untuk menanti bulan itu. Sekejap je waktu berlalu, pejam celik...pejam celik akhir dah nak puasa lepas tu raya..lepas tu..lepas tu...exammmmmmmmmm...ohh tidak!!...hohoho..

 Patutnya kita bersyukur sebab masih di beri peluang oleh Allah untuk tinggal di muka bumi yang penuh dengan pancaroba. Esok aku dah kena balik asrama, alahai...berat rasa hati ini untuk pergi ke sana. Sepanjang aku beerada di ILP KT, banyak perkara yang aku pelajari, dari perkara yang kecil hingga yang besar punya.

Susah betul kalau berurusan dengan orang yang cerewet ni, semua benda dia nak komen, itu tak betul lah, yang ni tak ok laa...haishh..macam-macam, aku pun dah rasa bosan dengan manusia yang spesis cam gini ni..
what the heck?.


26 April 2014

kenapa?.

Kenapa?
aku kurang yakin pada diri aku sendiri
Seperti diriku ini bukan lagi diriku sendiri

Kadang-kadang....
aku mudah putus asa, gagal satu kali pun sudah mula berputus asa..
Tak pernah cuba untuk bangkit dari kegagalan..
Kenapa?..
Sebab aku tak tahan dengan ujian diberi..
Diuji sedikit saja sudah mula rebah, mudah rapuh..

Tapi...
Itu dulu, sekarang, aku cuba untuk bangkit kembali dari kegagalan..
Aku mula bangkit untuk menuju ke jalan yag mampu membawa ke arah cahaya..
Cahaya ilahi....

Aku mencari jalan yang bercahaya....
kenapa?..
Kerana aku dapat rasakan yang diriku makin jauh darinya...
Aku cuba untuk mencari cahaya petunjukNya..
Aku yakin yang aku akan ke temu Cahaya PetunjukNya..
In Sha Allah....

Aku Mohon petunjuk Mu, Ya Allah...

Writing By Bakal Bidadari Syurga
15 Mac 2014

without title

Tiada ulasan:
Hari-hari makan ragi
Saja je nak ucap selamat pagi.. ^_^

Aiishh...pagi-pagi pun dah berpantun, ntah pape la aku taip pantun tu, hohoho. Dah lama aku tak update blog ni, sory wahai sahabat aku sekalian sebab aku dah lama tak ambil tahu pasal you all semua..so sorry..err. Bila dah tidur rasa malas nak bangkit dari tidur, terasa berat je badan ni nak bangun , ni syaitan dah ni, tapi aku lawan balik rasa malas tu, lawan lagi dan lagi sampai aku boleh.


Aku tak tahu nak taip  apa benarnya ni, serius!!, aku tak tahu. emmmm. Sejak aku masuk ke tahun 2014 ni, macam-macam benda yang aku tak jangka berlaku  telah berlaku. Kemarau berpanjangan sampai ke bulan 3, tapi ada juga la hujan turun tapi hujan rintik-rintik je la, dan sekarang ni pula, pesawat MH370 pula yang tak dapat dijejakki.

Apa yang berlaku di Malaysia adalah satu ujian dari Allah bukan musibah, mungkin Allah nak uji kita, dia nak tengok sejauh mana kita mampu bertahan dan akhir sekali kita semua pasti mengadu pada Allah.
21 Februari 2014

Harap

Assalamualaikum dan salam satu malaysia, salam jumaat juga kepada semua muslim dan muslimat yang berada dimana jua, cewah,macam nak berucap dekat depan audience je..haha. Ingatkan tak boleh balik minggu ni tapi boleh je balik, tengok jadula tak boleh balik tapi tanye ketua asrama memang boleh balik, Alhamdulillah.

Aku sebenarnya tertekan dengan somthing tapi apa boleh buatkan,aku kena sabar je, biarlah orang nak labelkan aku budak lembap ke atau lambat pun, eleh, diorang ingat yang diorang hebat sangat..aku lagi hebat. Aku akan buktikan yang aku boleh berjaya seperti mana yang diorang  boleh buat, kali ni aku tak kan putus asa sampai aku cuba.In Sha Allah..



Aku memang harap sangat yang aku boleh atasi segala masalah yang aku hadapi sekarang,aku tak tahu macam mana nak mudah faham apa yang aku belajar dan mudah ingat setiap perkara yang pelajari. Aku ni jenis yang mudah lupa..