Syasya Adam




Kemaafan / 9/01/21 at Januari 09, 2021
add comment? (0)

Kita tak perasan, kesan kemaafan ini sebenarnya besar. Kita takkan terfikir dengan memaafkan orang, hidup orang itu akan lebih mudah perjalanannya (murah rezeki, sihat, insya-Allah) dan hidup kita juga akan lebih tenang. 

Ya. Kemaafan ini berat kadangkala. Tapi siapalah kita di dunia untuk terlalu menyimpan rasa. Kita hanya hamba. Hidup hanya sekejap sahaja. Buatlah sesuatu ikhlas kerana Allah, kerana sesungguhnya dengan reda dan ikhlas, Allah akan beri sesuatu yang lebih baik untuk kita. Insya-Allah. 

Dan janganlah pula berat meminta maaf. Kita juga kadangkala berbuat silap. Kita tak selamanya betul. Lagipun tak semua perkara pun kita tahu. Banyak lagi perlu kita belajar. Hidup adalah tentang saling memerlukan. Jadi, jom sama-sama kita berusaha menuju syurga-Nya!. 



By Armanee

Label: , , , , ,

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum, thanks for coming の.