4/10/13

kaki pun aurat wanita..


Assalamualaikum..dear muslim and muslimah, mungkin ramai yang tak tahu yang kaki tu pun aurat bagi wanita islam..dulu pun aku tak tahu juga tapi sekarang kalau aku pergi mana2 mesti wajib pakai stokin, takut2 aurat kaki dilihat yang bukan muhrim..berdosa tau..

Tapi mengikut mazhab2 lain, sesetengahnya mengatakan yang kaki bukan aurat tapi mengikut mazhab syafi'e dan hambali kaki adalah aurat bagi wanita..

Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
Mazhab Maliki dalam pendapat muktamad mengatakan kaki bukan aurat.
Mazhab Syafi’e pula mengatakan ia sebagai aurat.
Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan. (Riwayat Abu Daud)
Ia boleh merujuk kepada kitab Feq ala Mazahib Arbaah juz 1 muka surat 584 dan Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya, “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa albait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms 198)

2 ulasan: