1/10/13

dedah aurat..


Dunia sekarang ni aku tengok terlalu ramai wanita yang tak tutup aurat dengan sempurna bahkan ada yang tak tutup langsung, dedah situ, dedah sini..heh!..untuk apa diorang dedah aurat tu semua?..apa yang mereka dapat?.. confius.

Dan aku tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa mereka dedah aurat mereka?.sedangkan menutup aurat tu adalah satu kewajipan untuk semua wanita islam kat luar sana.Ramai artis yang dedah aurat, pakai baju seksi, diorang tak takut ke yang lelaki memandang diorang dengan penuh nafsu syahwat?.bukan artis je, malahan makcik2, adik2 tu..Allah..

Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. [Al-Ahzab,33:59]

Nasihat aku kat siapa2 yang masih dedah aurat tu, tutuplah aurat mu itu wahai hawa, sebelum dirimu menemui ajal, aurat kita lebih mahal dari wang ringgit tau..hah..tak caya cuba tanya ustaz. Aku nasihat ni tak bermakna apa yang buat selama ni dah cukup sempurna tapi sebagai saudara seislam kita wajib tegur.. itu dah jadi tanggungjawab kita as a muslim..kan?.

kadang2 kita tak perasan pun gambar yang kita upload dalam facebook tu mungkin tak tutup aurat sepenuhnya atau tak tutup aurat dengan sempurna..cuba korang check pic2 korang tu semua, sempurna tak lgi aurat korang?..kalau tak, maka lebih elok awak padam pic2 tu semua..ok?..kalau dah tutup litup semua tu, alhamdulillah..it's ok..

Mesir kini darurat, Malaysia kini dedah aurat.


2 ulasan:

  1. alhamdulillah.. cuma sampai sekarang x pasti tentang aurat kat kaki tu, camne eh? wajib tak pakai stokin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kata ustaz pakai stokin tak wajib tapi wajib tutup kaki walau dengan ape pun..

      Padam