22/10/13

baiki diri


Apa yang aku dapat hari ni adalah milik Allah semuanya, tiba masanya nanti semua tu akan diambil kembali oleh Allah. Aku hanya insan yang lemah dan sering melakukan dosa. Bila aku teringat akan dosa yang telah lakukan, aku rasa diri aku ni paling hina dan kerdil di mata Allah..

Adakah Allah ampunkan dosa aku yang lalu tu?..insyaallah, aku berharap moga Allah ampunkan segala dosa ku yang lalu tu.

emm..berani kau buat dosa, beranilah kau tanggung azab Allah..tapi berani ke kita semua ni nak tanggung azab dari Allah atas dosa yang kita buat tu, aku rasa tak kan?..sama-samalah kita berubah keara kebaikan, berubah jadi baik sebelum terlambat, pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya..

Kata nak berada disamping Rasulullah s.a.w kan tapi kenapa masih buat dosa? kenapa masih buat maksiat?.. kalau nak bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w di akhirat sana mestilah kena berubah jadi baik..kan?. kalau niat kita tu nak berubah kearah kebaikan, insyaallah...Allah akan tolong kita...

Perbaikilah diri kita agar menjadi muslim yang soleh..manusia sebenarnya asal dari syurga tapi kenapa nak campak diri kita ke lembah yang hina?..sepatutnya kita berusaha untuk kembali ke syurga yang kekal abadi..

Hanya Allah yang layak untuk tentukan siapa yang patut ke syurga ataupun ke neraka..tapi pilihan ditangan kita...syurga atau neraka?. baiki diri..yang penting istiqomah...