Syasya Adam




#1 / 18/05/13 at Mei 18, 2013

ketika zaman Nabi, ada batang pokok kurma yang dijadikan tempat berpijak Nabi di masjid, guna untuk Nabi menyampaikan khutbah. pada suatu hari, ada seorang sahabat menawarkan diri untuk membaiki masjid. Nabi pun membenarkan.

setelah masjid siap dibaiki, batang pokok kurma yang dijadikan tempat berpijak Nabi tu diletak ke tepi. suatu hari, ketika Nabi datang ke masjid, Nabi terdengar suara orang menangis. Nabi cari keliling masjid, tak ada orang pun. rupanya, batang pokok kurma yang diketepikan itu menangis.

Nabi bertanya kenapa menangis? batang pokok kurma tu menjawab, kerana aku sudah tidak boleh berkhidmat untukmu Rasulullah. batang pokok kurma itu menangis, dan Nabi terpaksa memeluk batang pokok kurma tu untuk menenangkan ia.

batang pokok kurma pun menangis sebab tak dapat berkhidmat untuk Nabi. kita yang tak sezaman dengan Nabi ni, cuma diminta berselawat ke atas baginda pun payah. kita ni yang dalam keadaan selesa dan bahagia, bila solat tarawikh, bila tiba part selawat, taknak pun selawat ke atas Nabi. malah ketawa, bersembang, bergurau dengan kawan sebelah. Allahurabbi. betapa kita lalai dari mencintai Baginda, Nabi yang pada hari kiamat nanti akan memberi syafaat kepada kita :’(

ingatlah ketika Jibril berdoa dan Nabi mengaminkan tiga kali, apa inti doa Jibril? celakalah mereka yang mendengar namamu (Muhammad SAW) tetapi tidak berselawat ke atasmu.

janganlah kita menggolongkan diri dalam kalangan orang yang celaka itu.

Label:

0 Ulasan: