18/05/13

#1

ketika zaman Nabi, ada batang pokok kurma yang dijadikan tempat berpijak Nabi di masjid, guna untuk Nabi menyampaikan khutbah. pada suatu hari, ada seorang sahabat menawarkan diri untuk membaiki masjid. Nabi pun membenarkan.

setelah masjid siap dibaiki, batang pokok kurma yang dijadikan tempat berpijak Nabi tu diletak ke tepi. suatu hari, ketika Nabi datang ke masjid, Nabi terdengar suara orang menangis. Nabi cari keliling masjid, tak ada orang pun. rupanya, batang pokok kurma yang diketepikan itu menangis.

Nabi bertanya kenapa menangis? batang pokok kurma tu menjawab, kerana aku sudah tidak boleh berkhidmat untukmu Rasulullah. batang pokok kurma itu menangis, dan Nabi terpaksa memeluk batang pokok kurma tu untuk menenangkan ia.

batang pokok kurma pun menangis sebab tak dapat berkhidmat untuk Nabi. kita yang tak sezaman dengan Nabi ni, cuma diminta berselawat ke atas baginda pun payah. kita ni yang dalam keadaan selesa dan bahagia, bila solat tarawikh, bila tiba part selawat, taknak pun selawat ke atas Nabi. malah ketawa, bersembang, bergurau dengan kawan sebelah. Allahurabbi. betapa kita lalai dari mencintai Baginda, Nabi yang pada hari kiamat nanti akan memberi syafaat kepada kita :’(

ingatlah ketika Jibril berdoa dan Nabi mengaminkan tiga kali, apa inti doa Jibril? celakalah mereka yang mendengar namamu (Muhammad SAW) tetapi tidak berselawat ke atasmu.

janganlah kita menggolongkan diri dalam kalangan orang yang celaka itu.

12/05/13

hari ibu

Assalam my reader and good evening..alhamdulillah la wehh..baru hari ni boleh update blog sebab semalam internet buat hal lagi..payah betul, ntah apa la masalh nya, selalu buat masalah kat aku..err

What today?..hari ibu?..but bagi aku hari ibu setiap hari boleh kita sambut bukan hari ni je, esok pun still ada ada lagi kan?.emm..tu la orang kita, bukan semua la kan tapi sebahagiannya sahaja, masih terikut-ikut budaya orang kafir..err..

Hari ni (hari ibu) buat baik dengan ibu tapi esokkan buat jahat balik kat ibu kita, apa semua tu?..patut ke kita buat macam tu, aku tahu yang aku ni bukannya baik sangat tapi masih hormat ibu aku sebagai wanita yang melahirkan aku.

disebalik kisah Hari ibu 15 may iaitu makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam