25/12/13

Pendosa

Pendosa tu masih tak dapat melupakan dosa-dosa Nya yang lalu. Begitu juga dengan aku. Terlalu perit untuk mengingat kembali dosa-dosa yang kita buat..betulkan?..masa kita buat, kita tak fikir pun apa kesan buruk yang akan berlaku pada diri kita sendiri dan juga orang sekeliling kita.

Sebenarnya kita patut fikir tentang orang sekeliling kita, apa pandangan diorang terhadap kita. Bila sebut dosa ianya seakan jijik dipendengaran, semua orang buat dosa dan kita takkan terlepas dari sesuatu yang namanya dosa..

Tuhan, jangan biarkan diriku terus hanyut dengan dosaku yang lalu.
dekatkan hatiku dan hatiMu ya Allah.

Jauhlah diriku dari maksiat dan perkara-perkara mungkar
dan pimpinlah daku bersama dengan orang yang
aku sayang menuju syurgaMu.

17/12/13

Allah the best planner

Perancangan Allah itu lebih teliti dan sangat indah, kita tak akan pernah menyangka sesuatu yang kita tak pernah suka menjadi sesuatu yang terbaik untuk kita. Walaupun kita merancang macam tu, macam ni, tapi Allah yang  tentukan apa yang kita dah rancangkan itu.

Apa yang terjadi dalam hidup kita, kau dan aku hari ni adalah ketentuan Allah dan sebagai hambaNYA kita hanya berserah atas segala yang telah di tentukan olehnya.

Boleh jadi something yang paling kita benci adalah perkara yang terbaik untuk kita. Lupakan kisah yang lalu, terus pandang je hadapan untuk terus majukan diri kita yang kadang2 rapuh iman kita tak kira waktu.

Kita pun tak tahu masihkah ada hari esok untuk kita, apa² pun, Allah dah tetapkan segalanya untuk kita, Allah dah rancang semuanya untuk kau dan aku.

Guna masa yang kita ada dengan sebaik-baiknya, kalau boleh jangan bazirkan masa yang kita ada ni dengan somthing yang tak bermanfaat untuk kita...kau tahu sebab apa?..sebab masa itu emas.anyways this entry di tujukan untuk kita semua dan untuk diri aku sendiri..

Dah banyak kali aku ulang ayat yang sama je..hahaha...ada aku kisah..?..sorry

22/10/13

baiki diri


Apa yang aku dapat hari ni adalah milik Allah semuanya, tiba masanya nanti semua tu akan diambil kembali oleh Allah. Aku hanya insan yang lemah dan sering melakukan dosa. Bila aku teringat akan dosa yang telah lakukan, aku rasa diri aku ni paling hina dan kerdil di mata Allah..

Adakah Allah ampunkan dosa aku yang lalu tu?..insyaallah, aku berharap moga Allah ampunkan segala dosa ku yang lalu tu.

emm..berani kau buat dosa, beranilah kau tanggung azab Allah..tapi berani ke kita semua ni nak tanggung azab dari Allah atas dosa yang kita buat tu, aku rasa tak kan?..sama-samalah kita berubah keara kebaikan, berubah jadi baik sebelum terlambat, pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya..

Kata nak berada disamping Rasulullah s.a.w kan tapi kenapa masih buat dosa? kenapa masih buat maksiat?.. kalau nak bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w di akhirat sana mestilah kena berubah jadi baik..kan?. kalau niat kita tu nak berubah kearah kebaikan, insyaallah...Allah akan tolong kita...

Perbaikilah diri kita agar menjadi muslim yang soleh..manusia sebenarnya asal dari syurga tapi kenapa nak campak diri kita ke lembah yang hina?..sepatutnya kita berusaha untuk kembali ke syurga yang kekal abadi..

Hanya Allah yang layak untuk tentukan siapa yang patut ke syurga ataupun ke neraka..tapi pilihan ditangan kita...syurga atau neraka?. baiki diri..yang penting istiqomah...

10/10/13

Dosa yang lebih besar dari zina

Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi Musa. Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk.

Air matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi ALLAH, tolonglah saya.

Doakan agar ALLAH mengampuni dosa keji saya”. “Apakah dosamu wahai wanita...?”

Tanya Nabi Musa. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu...!”desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.” Kepala nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. “Dari perzinaan itu saya hamil.

Setelah anak itu lahir, langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut perempuan itu seraya menangis. Mata Nabi Musa berapi-api.

Dengan muka yang berang dia menghardik. “Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa Allah tak jatuh ke dalam rumahku. Pergi...!!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling karena jijik. Hati perempuan itu bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh.

Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa. Ia tak tahu harus kemana lagi mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus melangkahkan kaki. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal menerimanya...?

Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak BERTAUBAT dari dosanya...? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu...?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu...?

Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu...?” Tanyanya. “Ada...!!!” Jawab Jibril dengan tegas. “Orang yang meninggalkan Solat dengan sengaja tanpa menyesal.

Orang itu dosanya lebih besar daripada SERIBU kali berzina.” Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi, lalu berdoa memohon ampunan kepada ALLAH.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah ALLAH.

Sedangkan BERTAUBAT dan menyesali Dosa dengan sungguh- sungguh berarti masih mempunyai IMAN di dadanya dan Yakin ALLAH itu ada. . Semoga Bermanfaat Untuk Kita semua Aamiin..

4/10/13

kaki pun aurat wanita..

2 ulasan:

Assalamualaikum..dear muslim and muslimah, mungkin ramai yang tak tahu yang kaki tu pun aurat bagi wanita islam..dulu pun aku tak tahu juga tapi sekarang kalau aku pergi mana2 mesti wajib pakai stokin, takut2 aurat kaki dilihat yang bukan muhrim..berdosa tau..

Tapi mengikut mazhab2 lain, sesetengahnya mengatakan yang kaki bukan aurat tapi mengikut mazhab syafi'e dan hambali kaki adalah aurat bagi wanita..

Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
Mazhab Maliki dalam pendapat muktamad mengatakan kaki bukan aurat.
Mazhab Syafi’e pula mengatakan ia sebagai aurat.
Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan. (Riwayat Abu Daud)
Ia boleh merujuk kepada kitab Feq ala Mazahib Arbaah juz 1 muka surat 584 dan Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya, “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa albait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah, Jilid 3, masalah 2282, ms 198)

1/10/13

dedah aurat..

2 ulasan:

Dunia sekarang ni aku tengok terlalu ramai wanita yang tak tutup aurat dengan sempurna bahkan ada yang tak tutup langsung, dedah situ, dedah sini..heh!..untuk apa diorang dedah aurat tu semua?..apa yang mereka dapat?.. confius.

Dan aku tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa mereka dedah aurat mereka?.sedangkan menutup aurat tu adalah satu kewajipan untuk semua wanita islam kat luar sana.Ramai artis yang dedah aurat, pakai baju seksi, diorang tak takut ke yang lelaki memandang diorang dengan penuh nafsu syahwat?.bukan artis je, malahan makcik2, adik2 tu..Allah..

Hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. [Al-Ahzab,33:59]

Nasihat aku kat siapa2 yang masih dedah aurat tu, tutuplah aurat mu itu wahai hawa, sebelum dirimu menemui ajal, aurat kita lebih mahal dari wang ringgit tau..hah..tak caya cuba tanya ustaz. Aku nasihat ni tak bermakna apa yang buat selama ni dah cukup sempurna tapi sebagai saudara seislam kita wajib tegur.. itu dah jadi tanggungjawab kita as a muslim..kan?.

kadang2 kita tak perasan pun gambar yang kita upload dalam facebook tu mungkin tak tutup aurat sepenuhnya atau tak tutup aurat dengan sempurna..cuba korang check pic2 korang tu semua, sempurna tak lgi aurat korang?..kalau tak, maka lebih elok awak padam pic2 tu semua..ok?..kalau dah tutup litup semua tu, alhamdulillah..it's ok..

Mesir kini darurat, Malaysia kini dedah aurat.


27/09/13

Kakak garang..

Tiada ulasan:


Assalamualaikum dan good evening..ok, minggu ini aku nak update blog. Kakak garang?..korang ada adik tak?..ada kan?..yang tak ada pun xper la..aku ni memang dikategori kan sebagai kakak garang...wuuu..takut nya...err. Kalau aku dengan adik-adik aku memang garang la, ya Allah garang gila kot, aku rasa dah macam vampire je kalau time nak sound2 kan adik2 aku tu..adik tu aku kadang2 degil tapi kalau time diorang dengar kata memang tak der suara vampire keluar dari mulut aku..Astaghfirullahal'Adzim..

Nasihat aku untuk sesiapa yang ada adik, jangan la jadi kakak yang garang sangat, jangan la jadi macam aku ni...ish3. Aku bukan apa, sebenar aku marah diorang tu sebab diorang buat benda yang merbahaya..aku sebagai aku harus menjadi seorang kakak tegas dan sedikit garang..err..

Aku bukan garang tapi tegas..yeke?..adik2 aku pun takut nak dekat dengan aku..haha..sebab aku ni terlalu garang dan bila time aku tengah marah memang muka aku ketat sangat macam singa nak makan mangsanya. Walaupun aku ni selalu garang dengan adik2 aku tak bermakna aku ni tak sayang adik aku..aku sayang adik2 aku..

18/05/13

#1

ketika zaman Nabi, ada batang pokok kurma yang dijadikan tempat berpijak Nabi di masjid, guna untuk Nabi menyampaikan khutbah. pada suatu hari, ada seorang sahabat menawarkan diri untuk membaiki masjid. Nabi pun membenarkan.

setelah masjid siap dibaiki, batang pokok kurma yang dijadikan tempat berpijak Nabi tu diletak ke tepi. suatu hari, ketika Nabi datang ke masjid, Nabi terdengar suara orang menangis. Nabi cari keliling masjid, tak ada orang pun. rupanya, batang pokok kurma yang diketepikan itu menangis.

Nabi bertanya kenapa menangis? batang pokok kurma tu menjawab, kerana aku sudah tidak boleh berkhidmat untukmu Rasulullah. batang pokok kurma itu menangis, dan Nabi terpaksa memeluk batang pokok kurma tu untuk menenangkan ia.

batang pokok kurma pun menangis sebab tak dapat berkhidmat untuk Nabi. kita yang tak sezaman dengan Nabi ni, cuma diminta berselawat ke atas baginda pun payah. kita ni yang dalam keadaan selesa dan bahagia, bila solat tarawikh, bila tiba part selawat, taknak pun selawat ke atas Nabi. malah ketawa, bersembang, bergurau dengan kawan sebelah. Allahurabbi. betapa kita lalai dari mencintai Baginda, Nabi yang pada hari kiamat nanti akan memberi syafaat kepada kita :’(

ingatlah ketika Jibril berdoa dan Nabi mengaminkan tiga kali, apa inti doa Jibril? celakalah mereka yang mendengar namamu (Muhammad SAW) tetapi tidak berselawat ke atasmu.

janganlah kita menggolongkan diri dalam kalangan orang yang celaka itu.

12/05/13

hari ibu

Assalam my reader and good evening..alhamdulillah la wehh..baru hari ni boleh update blog sebab semalam internet buat hal lagi..payah betul, ntah apa la masalh nya, selalu buat masalah kat aku..err

What today?..hari ibu?..but bagi aku hari ibu setiap hari boleh kita sambut bukan hari ni je, esok pun still ada ada lagi kan?.emm..tu la orang kita, bukan semua la kan tapi sebahagiannya sahaja, masih terikut-ikut budaya orang kafir..err..

Hari ni (hari ibu) buat baik dengan ibu tapi esokkan buat jahat balik kat ibu kita, apa semua tu?..patut ke kita buat macam tu, aku tahu yang aku ni bukannya baik sangat tapi masih hormat ibu aku sebagai wanita yang melahirkan aku.

disebalik kisah Hari ibu 15 may iaitu makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.


Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani] wallahualam