30/10/11

Waktu-Waktu Mustajab Doa


  • Ketika hujan 
  • Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
  • Ketika menghadapi musuh dalam peperangan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan." (Hadis Mursal yang diriwayatkan oleh iman al-Nawawi dalam al-azkar).
  • Waktu antara azan dan iqamat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat." (Riwayat al-Tarmizi).
  • Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
  • Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  • Sepanjang hari jumaat.
  • Kerana mengharapkan bertemu dengan saat  ijabah (saat di perkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat.
  • Antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu Asar dan Maghrib.