30/10/11

Waktu-Waktu Mustajab Doa


  • Ketika hujan 
  • Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
  • Ketika menghadapi musuh dalam peperangan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah; pada saat bertemu tentera tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan." (Hadis Mursal yang diriwayatkan oleh iman al-Nawawi dalam al-azkar).
  • Waktu antara azan dan iqamat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat." (Riwayat al-Tarmizi).
  • Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
  • Ketika sujud dalam solat.
  • Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
  • Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
  • Sepanjang hari jumaat.
  • Kerana mengharapkan bertemu dengan saat  ijabah (saat di perkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari jumaat.
  • Antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu Asar dan Maghrib.

23/06/11

Sahabat sebenar..



Ketahuilah,
Sahabat yang baik tidak akan mengata di belakang, tidak menghina di hadapan.
Dia bukan talam dua muka, bukan gunting dalam lipatan.

Sahabat yang baik,
Apa yang dia mahukan cuma satu,
“Jom kita sama-sama ke syurga!”
Ya. Cuma itu.

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya." [Hadis riwayat Abu Daud]